Nuffnang Adv

Friday, April 27, 2012

Review Novel > Syurga Di Wajahmu > Laila Hanni


Novel > Syurga Di Wajahmu
Penulis > Laila Hanni
Harga>




Sinopsis:

Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Comment
Sgt best dan recommended..

Wednesday, April 25, 2012

Review Novel > Kau, Aku, Kita > Orkid Edyline


Novel : Kau Aku Kita
Penulis : Orkid Edyline
Harga : RM18.00



Sinopsis

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."
Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama



Comment
Sesuai untuk remaja...yang dewasa baca pun ok...sebab enjoy sgt...
penggunaan bahasa yang sangat2 santai...
Recommended

Thursday, April 19, 2012

Review Novel> 7 Hari Mencintaiku > Siti Rosmizah


Tajuk Novel : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM 32.90



Sinopsis

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Comment
Sangat Best dan sangat recommended kat korang sebab perasaan korang akan terbuai bila baca citer ni...
senyum ada, nangis pun ada....


Wednesday, April 18, 2012

Review Novel> Kasih Benar Kasih >Aleeya Aneesa


Novel : Kasih Benar Kasih
Penulis : Aleeya Aneesa
Harga : RM21.00



Sinopsis

MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

comment
sangat best..recommended...

Review Novel> Aku, Dia & .Com >Daisy Zahra


Novel : Aku, Dia & .Com
Penulis : Daisy Zahra
Harga : RM21.00



Sinopsis
Angelberry yang menuntut di UiTM Kedah mula berkenalan dengan seseorang yang bergelar Takuya, yang juga belajar di tempat yang sama. Namun, hanya Angelberry yang mengetahui situasi yang sebenar. Mulai saat itu, Angelberry ingin mengetahui siapakah Takuya yang sebenarnya. Persoalan yang terjawab membuatkan Angelberry berpuas hati tetapi kerana sikap Takuya yang masih berterusan menghubungi Angelberry membuatkan Angelberry mula menyimpan syak wasangka. Ini kerana Takuya sudah pun mempunyai hubungan dengan kawan baik Angelberry sendiri iaitu Fazura.

Persoalan demi persoalan mulai timbul sehingga menemukan Angelberry dengan Mohd. Hakimi. Masingmasing saling memendam rasa sehingga wujudnya sengketa.

Di alam siber, Yutaka pula mucul mencuri perhatian. An-nur yang dikenali di dunia maya juga memberikan semangat dalam kehidupan seharian. Kehadiran jejaka yang bergelar Luqman mungkinkah menjadi satu penawar?

Lalu, bagaimana dengan Takuya? Siapakah dia yang sebenarnya? Dapatkah Angelberry mengetahui siapakah lelaki tersebut? Adakah orang yang sama berkongsi nama dengan Si Yutaka? Dan Mohd. Hakimi masih memendam rasa….

“Kalau dah suka, katakan saja!”

Novel ni adalah Recommended > Penggunaan bahasa yang ringan..senang faham, kelakar dan enjoy!!

Tuesday, April 17, 2012

Review Novel > Juara Carta Cinta > Lynn Dayana


Novel : Juara Carta Cinta
Penulis : Lynn Dayana
Harga : RM19.90





Sinopsis
Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?


Sinopsis credit to Alaf 21

Comment :

sangat enjoy bace citer ni...penggunaan bahasa yang sempoi dan mudah faham
Recommended..

Review Novel> Seribu Kali Sayang > Anis Ayuni


SERIBU KALI SAYANG
Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM19.90


Sinopsis

SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.
Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.
Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.
Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.
Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai

Sangat best dan aku recommend

Review Novel > Cinta Yang Kurasa > Anis Ayuni

Aku dah decide..nak buat review novel hanya kat sini jer la..dari aku tak tau nak jadikan apa kat blog ni kan...

First novel aku review kat sini

CINTA YANG KURASA
Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM25.00



Sinopsis 

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Thursday, April 12, 2012

ASMARA DI KUBURAN

Hiasan


IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.
Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.

Difahamkan 10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van terlibat melakukan rondaan di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3 pagi semalam.
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji.
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.
- Harian Metro -


SUMBER

Thursday, April 5, 2012

Sindrom Bahasa Asing


NORAINI boleh bercakap dalam bahasa Mandarin, Hokkien dan Korea selepas sedar daripada koma.


Namun, apa yang pelik ialah, dia hanya mampu bercakap bahasa asing itu ketika bangun tidur pada waktu subuh.
“Kadang-kadang saya diserang sakit kepala yang kuat tapi saya tak tahu kenapa saya cakap bahasa asing. Saya nak cakap Melayu seperti biasa tapi tak boleh,” ujar Noraini, 17.
Gadis itu terlibat dalam kemalangan pada 10 Januari lalu semasa pulang dari sekolah. Dia membonceng motosikal abangnya, Jefri Ismail, 18, sebelum mereka melanggar sebuah lori kecil.
Pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan mendapati Noraini yang pengsan selama 11 jam hanya mengalami luka kecil di kaki. Tetapi selepas itu, doktor memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya.
Sebenarnya, kebolehan bercakap bahasa asing akibat kemalangan atau selepas diserang penyakit sering dikesan berlaku di seluruh dunia.
Selain hentakan kuat pada kepala, punca lain ialah strok, demam selesema dan pengsan. Namun, tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus.
Pada Oktober lalu, seorang wanita Scotland, Debbie McCann, 48, yang baru pulih daripada strok terkejut besar apabila mendapati dia boleh bercakap bahasa Itali dan Cina.
Sindrom
Walaupun tidak pernah pergi ke kedua-dua negara tersebut, bahasa Itali dan Cinanya cukup jelas.
Namun, kebolehan eksentrik itu hanya membuatkan dia berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Sebulan selepas itu Debbie jatuh sakit manakala kedua-dua bahasa itu hilang entah ke mana.
Bagaimanapun selepas pulih, dia mampu bercakap dalam loghat Glasgow yang pekat.
Kejadian yang sama menimpa Kay Russel. Wanita Britain itu boleh bercakap dalam bahasa Perancis selepas mengalami sakit kepala yang teruk.
Malangnya, sindrom bahasa itu menyebabkan dia dipinggirkan orang ramai.
Juga di Britain sebulan lepas, Cebie Royston yang berasal dari Birmingham bertutur dalam bahasa Perancis secara tiba-tiba sebaik sahaja sembuh daripada demam selesema.
Sebelum itu, dia menghidap sejenis penyakit yang telah melumpuhkan kebolehan bertuturnya selama sebulan.
Makhluk halus
Dalam ilmu perubatan moden, penyakit itu dikenali sebagai sindrom bahasa asing. Ia dipercayai dihidap oleh kira-kira 60 orang sahaja di dunia ini sejak dikesan seabad lalu.
Mengikut rekod perubatan, sindrom itu kebanyakannya dialami wanita tetapi punca kenapa kaum Hawa menjadi mangsa tidak diketahui hingga sekarang.
Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah berpendapat, individu yang menghidap sindrom bahasa asing mempunyai keistimewaan tertentu.
“Mereka sebenarnya boleh menjadi seorang pengkaji paranormal atau pengamal perubatan tradisional disebabkan kehadiran makhluk halus di dalam badan mereka.
“Cuma keistimewaan bercakap bahasa asing itu terhad pada tempoh tertentu, bergantung pada keadaan dan kesediaan makhluk halus berkenaan,” katanya kepada Jurnal.
Jelasnya, makhluk halus mampu berbahasa asing mengikut negara mereka tinggal.
“Tetapi makhluk itu tidak mengganggu kehidupan mangsa. Mungkin mahkluk itu sekadar ‘menumpang’ seketika.
“Namun, lebih baik pesakit mendapatkan rawatan sama ada menggunakan kaedah moden atau tradisional,” ujarnya.
Idrus memberitahu, individu yang mengalami sindrom ini mungkin menghadapi masalah bergaul dengan masyarakat kerana kebolehan eksentrik itu.
“Memiliki keistimewaan yang pelik pun boleh menjadi bahan umpatan orang,” komen Idrus.



SUMBER

Wednesday, April 4, 2012

Mandi Hadas Wiladah


Inilah mandi yang diperkatakan masa aku kat pantry tadi...kami semua membincangkan tentang ini  dan aku terpanggil untuk kongsi ngan korang2 semua...jom kongsi...entry khas untuk ibu2 yang telah melahirkan anak...aku x ingat dah..pernah mandi wiladah ni ke tak..dah 8 tahun x beranak...

Ade dua version...

Version Pertama:

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau
pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib
kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Sumber : http://soaljawab.jais.gov.my/


Version Kedua:

Soalan:

SAYA ingin bertanya berkenaan mandi wiladah. Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak melakukan mandi wiladah sebaik saja
melahirkan anak? Adakah amalan yang dilakukan seperti solat dan puasa itu sah?

Jawapan:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa
darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas
Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi
nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.
Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan
membolehkan kita bersolat. Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi
yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/