Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya
diam “
SHHHHHH” katanya. “
Barang kemas mana?” “Barang kemas
mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki
pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya
dengan yakin “
Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas”
Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati
saya membukanya, “
Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil”
balas saya “
Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang
kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang
tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut
laju didalam minda.
Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak
saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang
tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh
dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai
jiwa.
Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang
dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama
cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot,
grandpa
saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu
memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai
sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana
memori di
dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri
ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak,
gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya
bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah
mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil
masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan
mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain,
bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya
gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah.
Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat
dengan Ilahi, “
Syukur Ya Allah” “
Alhamdulillah” dan
“Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri
demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka
berkata, “
Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat
Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “
Jangan sentuh isteri
saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani
Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan
menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika
perompak itu berkata
“Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan
bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita
Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari
Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh
bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya.
Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah
sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya
Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah.
Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak
lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“
Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama
Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran
terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “
Naughty man, Ummi” kata Imran
pada saya. “
Dia hit ayah Imran” katanya. “
Imran tak de sword,
Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan
filem atau kartun anakku.
Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu
ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya.
“Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas
itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat
sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus
berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya.
Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya
“
Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “
Jangan sentuh dia, dia tak ada
tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam
saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar
hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu
di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat
begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga
dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “
Saya tak
pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih
perhatiannya kepada laci dihadapan. “
Sini banyak barang mahal” tunjuk
Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori
lama. Rantai, gelang kayu,
brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya
tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya,
buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’
saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya
dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan
kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku
lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar
dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali!
Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna
hijau muda, Ikhwan berkata “
Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia
cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan
diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya
semua ini milik Allah jua “Y
a Allah yang memiliki hati manusia,
timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka”
doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna
ketawhidan
Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara
tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami
diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi
Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan
siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis.
Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat
tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu
bersamanya.
“Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin.
Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran
bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi
kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya
akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan
saya terhenti.
“Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita
semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel
seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina