Nuffnang Adv

Tuesday, March 20, 2012

Lindsay jalani implan wajah


pix_middle 

LINDSAY Lohan mungkin baru berusia 25 tahun, tetapi nampaknya dia mula menjadi ‘peminat’ kepada rawatan kosmetik.

Berbanding penampilan sebelum ini, orang ramai dapat melihat wajah Lindsay begitu sembab digelar ‘kesan wajah bantal’ yang merujuk kepada wanita yang menggunakan bahan kecantikan secara melampau.

Aktres itu menyertai Madonna dan Kylie Minogue sebagai contoh paling ketara di kalangan selebriti yang menggunakan implan lemak di pipi.


Ketika Lindsay tidak kelihatan menambah berat badan, wajahnya kelihatan lebih bulat dan kesan keseluruhan menyebabkan dia lebih tua berbanding usia sebenar.

Biasanya keadaan itu adalah kesan pembedahan menegangkan kulit atau Botox ‘beku’.

Lindsay membuat penampilan menjelang siaran temubual terus terangnya dengan hos siri bual bicara Today, Matt Lauer.

Dalam temubual itu, Lindsay berkata, dia melupakan pengalaman hitamnya dan kini bersedia membuat kemunculan baru dalam kerjaya sebagai aktres.

Selepas sekian lama menghadapi hukuman penjara, pendakwaan mahkamah dan tahanan rumah, Lindsay berikrar mengubah dirinya.

Dia juga kini sedar betapa perlunya dia membuktikan kemampuan dirinya.

Bintang Mean Girls itu berkata, dia yakin perubahan itu akan mengambil masa.

“Orang ramai boleh berkata apa saja yang mereka mahu, tapi saya fikir saya perlu melalui proses membuktikan kemampuan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, kemunculan terbaru Lindsay menampakkan dia kekal elegan dengan fesyen pakaian dipilihnya.

Menurut Lindsay, dia tidak mahu orang ramai berasa bimbang lagi dengan dirinya.

“Diberi peluang muncul dalam siri Saturday Night Live dan filem, saya akan lakukan apa sepatutnya dengan bersungguh-sungguh,” kata-nya.

Bekas selebriti yang gemar berparti itu juga berjanji tidak akan liar lagi.

Katanya, kini dia bertukar menjadi seorang wanita lebih gemar menghabiskan masa di rumah jika tiada sebarang aktiviti di luar.

“Berpesta bukan minat saya lagi,” katanya.

Menurut Lindsay, beberapa bulan lalu dia keluar untuk berparti dengan seorang kawan tetapi dia segera berasa tidak selesa dengan keadaan itu.

“Semuanya saya rasa sama. Ia keadaan yang saya alami sebelum ini dan ia tidak lagi menyeronokkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lindsay berkata, dia akan membawa watak Elizabeth
Taylor dalam filem akan datang.

Katanya, dia dan produksi filem itu dalam proses pemilihan pelakon dan butiran asas sebelum produksi bermula.

“Saya melakukan banyak penyelidikan dan mendapati Elizabeth seorang wanita
mengagumkan.

“Justeru, pemilihan saya membawa watak itu adalah penghormatan tinggi,” katanya.

Lindsay juga berazam tidak akan mengecewakan sesiapa dengan watak itu, terutama dirinya 

Tuesday, March 13, 2012

Rangka rentung milik Nadirah





ROSELYN (kanan) yang sebak ditenangkan ahli keluarga selepas menerima berita kematian Nurul Nadirah semalam.



JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25.
“Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudian dihantar ke makmal di mana hasilnya sepadan dengan DNA ibunya.
“Siasatan awal sebelum ini mendapati ia milik manusia dewasa namun, siasatan lanjut mendapati ia milik Nurul Nadirah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat yang dijumpai pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan proses pengecaman.
“Empat individu termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tahanan reman.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang sementara motif sebenar kejadian masih disiasat,” tambahnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Takziah buat keluarga arwah adik Nurul Nadiah..seluruh negara menangisi nasib kanak2 ini...
harap pembunuhnya mendapat balasan setimpal..

Sejuta pengguna bakal terjejas




LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor.


KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.
Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.
LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Monday, March 5, 2012

Nostalgik Kebaya Nyonya


                       AKSESORI seperti rantai mutiara besar dan anting-anting mutiara menyerikan lagi keanggunan wanita berkebaya.



Majlis makan malam, acara ulang tahun, resepsi perkahwinan dan paling utama sambutan hari raya, merupakan waktu dominasi kebaya.
Pun begitu, kebaya Nyonya bukan lagi perlu dipadankan dengan kain batik yang selama ini menjadi pelengkap. Baju kebaya kini, menyerlahkan sisi ayu walaupun digandingkan dengan jean, skirt labuh ataupun kain pario.
Pemilik butik IzwanIzzati yang menjalankan perniagaan dalam talian, Nur Aina Izzati Mohd. Tan, 22, mendedahkan bahawa, memandangkan orang ramai lebih fokus kepada pakaian moden, beliau berpendapat menjual kebaya Nyonya merupakan idea bernas.
“Sambutan amat menggalakkan dan keistimewaan kebaya Nyonya kami ialah ia diperbuat daripada kain kasa rubiah, berbeza dengan kebaya lain yang sering menggunakan kain organza.
“Pembekal kami dari Sumatera Barat, Indonesia dan ia dijahit 100 peratus dengan tangan. Penjagaannya juga mudah, pengguna tidak perlu gusar tentang kelunturan warna walaupun sering dibasuh,” jelas Aina yang juga bekerjasama dengan suaminya, Faizul Izwan Jamaluddin bagi mengusahakan perniagaan itu.



RONA hijau lumut ini tampak naik apabila dipadankan dengan kain kuning gelap.


Sebanyak 14 warna disediakan dengan rona hitam, merah, ungu, merah jambu dan biru menjadi warna paling dikehendaki.
Bagi memberi pilihan yang pelbagai kepada orang ramai, butik dalam talian yang mula beroperasi sejak awal 2011 itu juga mempunyai lebih 250 rekaan kebaya Nyonya.
Motif flora dan merak merupakan tarikan utama selain motif rama-rama dan kerawang yang juga menjadi simbolik asas kepada rekaan kebaya Nyonya itu.
Buang persepsi asal bahawa kebaya hanya layak digayakan wanita bertubuh langsing dan berpinggang ramping kerana butik itu turut menawarkan enam saiz kebaya bermula daripada saiz S hingga XXXL.
“Tetapi kebanyakan orang akan menempah kebaya yang dibuat mengikut saiz mereka selepas memilih rekaan yang mereka gemari pada laman web kami.
“Orang ramai juga boleh membeli kain yang sudah siap bersulam dan hanya tinggal dihantar ke kedai untuk dijahit,” kata Aina.
Dijual pada harga RM129 untuk saiz S hingga L dan RM139 untuk saiz XL hingga XXXL, kebaya yang dibeli pelanggan akan dipos terus ke alamat yang diberikan atau pun pembeli boleh datang sendiri mengambil pakaian mereka di rumah Aina

SUMBER>KOSMO

Friday, March 2, 2012

Cahaya Malaika


Tahniah buat Mawi dan Ekin diatas kelahiran anak sulung..Cahaya Malika

 mawi with cahaya malika...comelll

cahaya malika 2.8kg..

tahniah sekali lagi dan 
terima kasih