Nuffnang Adv

Friday, December 30, 2011

he.he.padan muka..x dapat nak nolong ..



Siapa Ong ??

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....
...
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si
isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....

Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca
suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....

Moral of the Story: Jangan menip

Thursday, December 29, 2011

Sape penah buat dan berlaku pada korang masa kecik ?



1.naik kereta,tengok bulan&ingat bulan ikut kita.
2.naik beskal,boleh lps tgn dari handle,rasa hbt.
3.masa sekolah,ad org bagi susu free,lps ambil sekali,menyamar jdi org len,beratur ambil air lgi.
4.lukis burung guna huruf 'm'

^_^ agak2 korang yg mane 1 erk !??

Wednesday, December 28, 2011

AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU

Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi

Kepala Buaya Masak 3 Rasa!!Muahahahaa..

Only in Sarawak...........kepala buaya masak 3 rasa...huhuhuhu...sedapppp toowww
 korang rasa la kan...
ada ker menu nih?bukan ker buaya haiwan yang dilindungi...
yewww..kembang tekak aku....

Akhirnyaaaaaa....


Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.
Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah berlangsung dalam sebuah suasana tenang dan damai setenang dan seindah lokasi majlis yang diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya sebentar tadi.
Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, Encik Abdul Halim dan isteri, puan Zarina Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan  Siti Amira Ahmad, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda. Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu secara teknikalnya bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti.
Lisa turut menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung pagi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bertujuan untuk mengembar-gemburkan kisah mereka sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.
“Semalam 23 Disember 2012, pihak keluarga saya telah berjumpa keluarga Lisa untuk menghantar tanda. Kami tidak bertunang sebaliknya hanya terus bernikah pada 23 Februari 2012,
“Kami memilih tarikh tersebut memandangkan angka 23 adalah angka spesial buat Lisa yang lahir pada 23 Mac jadi biarlah hari tersebut sesuatu yang istimewa buatnya dan juga pada kami,” ujar Yusry lagi.
Lisa pula menambah bahawa tarikh menghantar tanda dan pernikahan tersebut bukanlah dipilih semata-mata angka 23 itu begitu dekat pada dirinya, sebaliknya menghormati hari tersebut yang berlangsung pada malam Jumaat (Khamis) sekaligus mengambil keberkatan hari tersebut.
Yusry dan Lisa walaubagaimanapun tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai ‘Wedding of  the Year’ kerana kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini tetap pada nawaitu mereka yang berkehendakkan hari bahagia mereka berlangsung dalam majlis penuh sederhana, hanya majlis pernikahan dan majlis resepsi kedua belah pihak yang dilakukan secara serentak di PICC.
“Saya seboleh-bolehnya mahu sebuah majlis yang serba sederhana saja. Saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan sangat mengenai perkahwinan impian bagaimana yang saya nakkan, saya tidak cerewet dalam bab-bab majlis persandingan, kerana apa yang penting bagi saya adalah pernikahan bukan majlis persandingan gilang gemilang,” ujar Lisa merendah diri.
Tambah Yusry lagi, mereka belum menetapkan sebarang tema mahupun konsep majlis resepsi mereka yang hanya mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan itu memandangkan belum duduk semeja membincangkan urusan persediaan perkahwinan mereka lagi.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan Yusry terpaut sayang pada Lisa sehingga nekad melamarnya menjadi suri hidup buat kali kedua selepas perkahwinannya yang terdahulu bersama Erra Fazira, Yusry dengan sikap tenang namun memandang buah hati disebelah yang sudah tersipu-sipu malu berkata, Lisa adalah seorang yang caring dan menyayanginya sepenuh jiwa sama seperti perasaannya terhadap Lisa.
“Seperti yang katakan, perhubungan ini berlandaskan sebuah ‘perhubungan matang’, kami mula berkenalan di antara satu sama lain menerusi BBM. Bila sudah sering berbual-bual, berkongsi pandangan, barulah kami saling mengenali peribadi masing-masing.
“Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa bertemu keluarga, dan bila saya bawa dia bertemu keluarga saya, saya melihat dia seorang yang mesra dan tidak sampai setahun dia boleh get along dengan semua ahli keluarga saya. Apa yang berlaku sangat-sangat semulajadi, tiada tentangan daripada keluarga dan saya selesa dengan perhubungan ‘matang’ ini,” jelas Yusry lagi.
“Seperti yang Yusry katakan tadi, kami berkenalan menerusi BBM, berbual-bual dan bertukar pandangan mengenai industri hiburan dalam dan luar negara, banyak yang kami bualkan dan dari situ saya mula kenal dan meminati peribadi Yusry,
“Yusry bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,” ujar Lisa pula ketika ditanya apa faktor yang membuatnya memilih Yusry sebagai suami.
Menyentuh mengenai khabar angin yang mengatakan pihak Astro telah mendapat hak penyiaran sepenuhnya untuk menyiarkan majlis persandingan mereka kelak, Yusry menyatakan yang dia tidak menafikan mahu mengesahkan berita tersebut memandangkan semuanya masih dalam perbincangan dan semua urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kedua belah pihak iaitu Metrowealth  dan KRU Studios.
“Mengenai hal tersebut, apa yang saya boleh katakan adalah Lisa adalah wajah eksklusif Astro, jadi sama ada majlis kami nanti disiarkan atau tidak, kami masih belum memberi sebarang keputusan dan saya menyerahkan semuanya kepada pihak pengurusan kami untuk membuat sebarang keputusan,” ujar Yusry.
Sementara itu, ibu Yusry, puan Zarina pula ketika ditanya pendapatnya mengenai perhubungan anaknya dengan Lisa menyatakan, dia seringkali bertanya pada Yusry bila hendak bawa Lisa datang ke rumah, namun setiap kali itu jugalah Yusry akan menjawab hanya membawa Lisa apabila benar-benar pasti.
“Setiap kali saya tanya dia akan cakap, “nanti, nanti, tunggu betul-betul confirm baru bawa”, sehinggalah pada suatu hari Lisa datang ke rumah, saya terkejut melihatnya boleh mesra dengan setiap ahli keluarga saya, daripada yang kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Dan dari situ saya terbuka hati menerimanya sebagai menantu,” akui puan Zarina atau mesra disapa Auntie Z.
Ketika ditanya sama ada Lisa akan meneruskan atau meninggalkan kerjaya seni selepas bergelar isteri, aktres kacukan Melayu – Bugis berusia 25 tahun ini terkedu seketika sambil memandang ‘abang’ di sisi sambil genggaman tangannya yang satu lagi tidak lepas menggenggam genggaman si ibu yang setia di sisi menemani. Bak seorang isteri yang taat, Yusry mengangguk lalu mengosok lengan Lisa seraya Lisa menjawab,
“Insyaallah kalau ada rezeki dan diizinkan abang, saya masih lagi meneruskan kerjaya seni sebab saya suka dengan karier saya. tapi kita tengoklah semuanya bagaimana nanti,” ujar Lisa.
“Saya mengenali dan menyayangi Lisa sebagai Lisa dan selepas kahwin, saya akan menerimanya seadanya,” ujar Yusry perbualan.

Kredit to OH BULAN.

Wednesday, December 21, 2011

Novel Baru Lagi > Bukan Kerana Sayang

RM22.00 > Amiza Anaz


“Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?

Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.

Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.

Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.

Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?

Tuesday, December 20, 2011

Nota Buat Lelaki

Perempuan tu bukan TISU untuk kau ,
Dah sedap lap hingus then buang
Perempuan tu bukan BAJU untuk kau ,
Setiap minggu nak tukar yang baru,tuka pakai.
Perempuan tu bukan PATUNG untuk kau ,
Dah couple buat bodoh je.
Perempuan tu bukan ROKOK untuk kau ,
Dah isap then habis pijak.
Perempuan tu bukan TV untuk kau ,
Hanya sekadar untuk hiburkan kau,time nk dtg..time xnk?
Tolong la..Hargai perempuan..
Sepertimana kau menghargai Ibumu yang merupakan Perempuan..

Thursday, December 15, 2011

‎82 RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai 2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah 
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia 
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama 
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
 61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
 66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf 
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya 
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana


Haaaaa..benda ni x leh percaya..setakat suka2 takpe..so korang jatuh no baper?

Wednesday, December 14, 2011

Terjemahan Kamus JEPUN>>> heheheheheheheheh



Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI

Tuanku Halim Lafaz Sumpah

TUANKU Abdul Halim menandatangani surat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 sambil diperhatikan Najib (kiri) di Istana Negara, Jalan Duta semalam

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini semalam.
Ia merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 kelmarin.
Istiadat semalam merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.
Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka di Balairong Seri.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai "Sikap" yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.
Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja

Sumber dari Kosmo Online

Monday, December 12, 2011

Ku Pinang MU Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Friday, December 9, 2011

MAMPU KE KORANG???

Haaaaa...agak2 la..mcm mana letihnya model ni pakai barang2 kemas ni?


Agak2 berat x? aku bukan apa..nak pakai benda ni semua nak pi mana pun..
setakat photo shoot mcm ni ok la kan..hehehehe...
sure orang nak pakai punya sebab apa?
sebabbbbbbb...its...CHANEL la beb...
sapa x nak kan...
mcm aku yang bukan pencinta barang kemas ni..xde la nak pakai2 benda ni..cincin aku pakai
pun dah semak...
teringat arwah nenek pernah ckp kat aku..
mano omeh keu ni long..kojo dah bertahun..somayang omeh pun ekau x pakai..
huhu..sedih nokss...

Wednesday, December 7, 2011

Ilmu Yang Perlu Di Kongsi Bersama

 Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin
Dikatakan :-
۞                       Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞                       Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞                       Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞                       Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞                       Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞                       Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞                       Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞                       Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞                       Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞                       Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'
Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~
Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….

Tuesday, December 6, 2011

Ilmu Firasat Melayu - Rahsia Ciuman


Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.
... Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.
Suka cium payudara isteri...... ..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormati isteri.
Suka cium orang lain punya isteri...... .SUAMI YG NK MAMPOS...!
 
Hahahahaha...

Friday, December 2, 2011

Lawak>Perempuan Bisu Nak Beli Hot Dog

Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.




Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?
















Fikirlah... .




















Fikir... ... .















Tak tau?



















Dia suruh suami dia cakapla sebab... .suami dia tak bisu..
Apa yang korang susah susah fikir ha? huah huah huah... ..

----------
MORAL: Tidak semua persoalan boleh diselesaikan dengan cara yang serupa!!


hahahaha...aku pun terkena la beb..mcm2 dalam otak aku td...

Thursday, December 1, 2011

Betul ke????budak perempuan sunat x wajib?

Aku menghadapi kemusykilan...
kalau ada antara korang yang boleh jawabkan..betul ke budak perempuan melayu / islam tuh tak wajib sunat?anak aku perempuan..seawal 5 bulan aku dah sunatkan dah..begitu jugak dengan si kembar kesayangan aku tuh...4 bulan dah sunat dah...Aku nak citer pasal anak kawan office aku ni..umur dah 4-5 tahun..dah besar..kawan aku tak sunatkan lagi..faham kalau lelaki la kan..ini tak..perempuan tau...x ke malu budak tuh nak ngangkang depan doctor kalau kawan aku decide bwk pi sunat..alasannya..x jumpa bidan kampung..eh..kamon la...zaman sekarang ni mana nak jumpa bidan kampung..lagi2 ko duk kat KL..dah budak tu umur macam tuh..sure dah ada perasaan takut kan...kesian betul la..kami bawak berbincang lagi hal ni..dia kata sebenarnya dia takut nak bawak anak pi sunat..x berani..suruh ayahnya..ayahnya asyik la bertangguh..laaaaa...ko yang beranak kan..ko emaknya...takkan ada perasaan tuh kat seorang ibu kot..yer...aku pun penakut..tapi bila dah melibatkan anak kena la berani..yang laki ko tuh dah tentu2 lelaki..kalau anak lelaki memang boleh la serahkan tanggung jawab kat dia..aku x paham la dia ni..kalau sampai besar..x sunat..apa plak ghopernya kan..dah rupa mcm perempuan bukan islam plak...kalau dia bergaul ngan rakan sebaya kalau diorang bertanya x ker budak tuh rasa malu?
cer citer skit...

Saya Dah Nak Kahwin > Shida Hasmi

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya

Sumber Harian Metro Online

Wednesday, November 30, 2011

Dah tak Mengaku Pulakkkkk!!!!!!!!

‘Suami saya bukan VVIP’



KUALA LUMPUR: “Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.
Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.

“Biarlah ia menjadi rahsia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Syella berkata, dia pelik mengapa orang ramai sibuk memperkatakan mengenai perkahwinannya yang dikatakan memakan belanja RM15 juta sedangkan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

“Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. “Apapun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera,” katanya.

Menurut Syella, sebenarnya dia tidak berminat memberi komen mengenai perkahwinannya dan siapa suaminya.

“Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. “Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. “Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka,” katanya. Syella juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan cara dia berpakaian dan masih dianggap seksi, di sebalik statusnya yang kini bergelar isteri orang.

“Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. “Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami,” katanya yang memberitahu akan mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami pada Februari ini.

“Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini,” katanya.

sumber Harian Metro Online

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki Yang Masih Anak mak

Pernah jumpa situasi ni?
hehehe..aku pernah hadapi ...everything memang nak kena tanya mak...sikit2 mak...
pi dating pun..kejap2 mak call..ntah betul ntah tidak kan..
memang anak mak..
senang citer
umur dah tua..tapi masih duk bawah ketiak mak...
kalau korang la menghadapi situasi ni...korang buat apa?
aku x leh bayangkan kalau suatu hari nanti aku kahwin dapat laki anak mak...huh...
sure takde privacy kan?
kena terima or lepaskan ajer?

Kisah Scandal

SKANDAL NGAN LAKI ORANG????
ADA BERANI???
AKU?
NO KOMEN..X BERANI NAK KOMEN..
CER KORANG KOMEN..

Friday, November 25, 2011

Lelaki Makan Hasil Perempuan...Apa pendapat Korang??

Seorang teman..mengadu domba pada aku...
aku tak tau nak tolong dia macam mana...katanya dah 5 tahun berkawan dengan lelaki tuh...sepanjang percintaan mereka dia dah berhabis beribu2 ringgit...bila ajak kahwin...macam2 alasan diberikan...
teman aku ni orang berpelajaran tinggi...ada pangkat..sofistikated...gaji pun besar..
tapi aku tak faham sangat kenapa otaknya singkat..
dah terang2..yang si lelaki ni hanya nakkan duit dia...dia masih nak setia tak tentu pasal..kalau aku la...dah lama aku tinggalkan lelaki kurang asam macam tuh...
Alasan dia bagi kat aku ...SAYANG & HANYA CINTAKAN LELAKI TUH..
boleh terima pakai ker alasan bodoh mcm tuh...berapa ramai lelaki dalam Malaysia ni...nak jugak lelaki yang pembelit mcm tuh...nak kata dah dibomohkan...aku tak berani nak ckp macam tuh...sebabnya dalam dunia serba moden ni..aku x pasti bomoh2 ni relevan lagi ke tak...
2 bulan sudah dia cuba tinggalkan lelaki tuh...tapi salah dia sebab dia yang x tahan berjauhan...
masih kuat sayang pada lelaki tuh...dia sendiri x paham kenapa...sekarang umur dah 28 tahun...masih x kahwin..sebab apa..sebab nak tunggu lelaki tuh...ntah2 ksanova yang pandai bermain dengan kata2 kan?

APA PENDAPAT KORANG DALAM KES TEMAN AKU NI?
ikut aku senang jer..ko yang bodoh cari penyakit kan? ko settle sendiri la..hanya ko yang mampu mencorakkan masa depan ko...kan?

JODOH LAMBAT SEBAB MEMILIH???

Ramai dah tau aku ni Ibu Tunggal, dah 6 tahun lebih menyendiri...
apa yang aku nak ceritakan kat sini hanya lah sesuatu yang aku rasa elok aku kongsi...
kalau pergi mana2 mesti ada yang tanya..bila nak dapat suami baru...sampai bila nak membujang...x sunyi ke sorang2 melayari kehidupan..bila nak bagi baby kat DANIA...
hurm..soalan2 tu memang dah muak singgah kat telinga aku..kekadang aku tak paham kenapa mereka2 ni perlu nak soal aku dengan soalan sebegitu rupa..aku ni susahkan diorang ke? gaji aku diorang ke yang bayar? makan minum keluarga aku dan anak aku diorang ke yang tanggung?rugi ke diorang kalau aku ni x jumpa2 jodoh? ke aku ni dah serik?
Apa pendapat u olls kawan2 dalam hal ni...
desas desus baru2 ni aku dengar dan aku gelak sampai ke hari ni..
AKU TAK KAHWIN2 LAGI SEBAB...
AKU TERLALU MEMILIH..
boleh pilih2 ke jodoh ni?aduiyaiii pelik aku ngan diorang ni...
jom u olls...berikan aku kata2 peransang untuk aku tangani masalah ni..
bukan la berat sangat pun masalah eh..lebih kepada menyibuk jer..
at this age 33 years old..kalau aku single untuk 2-3 tahun pun ok kot..
kumpul aset banak2 dulu..lepas kan adik2..tumpukan pada anak dara aku tuh pun dah kira amanah yang allah bagi kat aku utk aku pikul kan?

Tuesday, November 22, 2011

Tuah Baddrol, belang Apek..Aummmmmmmmmm!!!!!!!!!

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.


Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat


‘Nama saya S’

SANGAT UNIK..!!


GELANG PATAH: “Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.
Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.

“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.

“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.

“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.

“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.


Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.

“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.

“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.

Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.

“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.

Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.

“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.

“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Lima Kedai, di sini.

Sumber dari Harian Metro Online

Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Minang

Jalan2 saji online tadi..terjumpa lak resepi ni...terpanggil untuk kongsi sama..
malam ni nak masak ayam masak minang ni memandangkan ayam ada dalam esbok ..
resultnya nanti kongsi kat sini eh..



Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12
3 labu bawang besar - dikisar
8 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
20 tangkai cili kering - dikisar
2 sm halia - dikisar
2 batang serai - diketuk
5 sm lengkuas - diketuk
10 biji buah keras - dikisar lumat
5 sm kunyit hidup - ditumbuk lumat
200 ml susu sejat atau santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis kesemua jenis bawang, halia, serai dan lengkuas sehingga kekuningan.
3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga 10 minit.
4. Masukkan pula buah keras dan kunyit hidup. Kacau sebati.
5. Setelah bahan tadi masak, masukkan ayam dan biarkan seketika.
6. Kemudian, masukkan susu atau santan, air, garam dan gula.
7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi.

Kredit to SAJIONLINE

Ezlynn Bergelar Isteri

ADAM menyarungkan cincin di jari manis Ezylnn selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tempoh pertunangan penyanyi dan pelakon Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hai Hai Bye Bye mungkin antara yang terpendek di dunia.
Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.
Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.
"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.
"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.
Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20 sebagai simbolik kepada tarikh lamaran yang dibuat oleh Adam kepadanya pada 20 Januari 2010 serta tarikh lahir Adam pada 20 Januari di samping mas kahwin sebanyak RM80.
Ezlynn dan suami merancang untuk berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan Januari tahun depan

Sumber dari Kosmo Online

Izzaq terpaksa rehat sebulan


KECEDERAAN yang dialami penyerang Izzaq Faris Ramlan ketika beraksi dalam perebutan ke separuh akhir bertemu Myanmar semalam, memaksa jurulatih Ong Kim Swee tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di final malam ini.
“Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar semalam (kelmarin).

“Ia memang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar,” katanya.

Pemain tinggi lampai ini yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata dia turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 selang dua hari kemudian bertemu Syria.

Malaysia akan bertemu negara teluk itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya,” katanya.


Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar yang menyaksikan Malaysia mara ke final setelah menang 1-0.

“Apakan daya, tiada rezeki bermain. Saya harap mereka semua dapat buat yang terbaik daripada sebelum ini.

“Kita cuma harapkan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) sahaja di barisan serangan dapat menyumbat unutk gol negara.

“Itupun jika Syahrul sudah cukup cergas dan dapat diturunkan,” katanya.

Syahrul terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 setelah dikasari pemain Myanmar.

sumber dari Harian Metro

Friday, November 18, 2011

Berbaloikah RM8???

Just nak share pengalaman aku sebagai Mama..

walaupun anak dara aku tuh baru berumur 7 tahun..
dia ada hati dan perasaaan..
baru2 ni dia dapat Anugerah Pelajar Cemerlang..
dengan bangganya dia minta mama, atuk dan ayah nya cuti..
knowing semangat dia...
aku dan atuknya ambil cuti..walaupun aku ada kerja yang lebih penting..tapi aku rasa sangat2 tak berbaloi
sebab apa?
yup..program penyampaian hadiah tu sgt well organised...
cuma hadiah untuk pelajar tuh yang menjadi masalah pada aku...kalau bagi aku yang dewasa ni aku paham
maybe sekolah xde allocation..
ni kanak2 terbabit seolah2 dipermainkan perasaan mereka especially anak aku...
setakat RM8
hadiah untuk pelajar cemerlang...kenapa sampai begitu sekali....memang usaha mereka x ternilai dengan wang ringgit dan aku tak pernah ajar anak aku di nilai segala jerih payah dia belajar dengan nilai wang ringgit..apatah lagi ketika ramadhan tiba..
tapi dengan tiada hadiah sampingan...hanya sehelai anvelope semata2..budak2 tuh bukak..
tengok hanya ada RM8...muka masing2 berubah..
apa perasaan cikgu2 tuh kalau ini berlaku pada anak mereka sendiri?
apa perasaaan cikgu tu kalau tau..ibubapa terpaksa ambil cuti kecemasan semata2 tak kecewakan anak
masing?
sekecil itukan nilai semangat anak2 yang baru belajar ni?
fikir2kanlah....

Apakah Keanehan pada Kucing ini?


kalau korang tau....apa keanehan yang ada pada kucing ni?
perasan x?

Harimau Malaya Memang Hebat


EGO Indonesia tercalar di stadium keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno apabila tumpas di tangan Malaysia 1-0 pada pertembungan terakhir Kumpulan A yang menyaksikan skuad bawah 23 tahun negara itu gah mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan.
Biarpun diejek dan dicemuh dengan kata-kata ‘maling’ (pencuri) oleh 100,000 penyokong lawan, Malaysia mencipta kemenangan hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim meskipun jurulatih Ong Kim Swee diarah keluar padang pada babak kedua kerana tidak puas hati dengan pengadil perlawanan, Fahad Al Kassar dari Emiriah Arab Bersatu.

Kemenangan itu membolehkan juara bertahan, Malaysia mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri untuk bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B esok.

Indonesia pula menempah pertemuan dengan juara Kumpulan B, Vietnam yang juga finalis di Laos, dua tahun lalu.

Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagi menafikan peluang Singapura yang mengumpul tujuh mata selepas menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan awal, bermula garang menerusi percubaan kapten, Baddrol Bakhtiar pada minit kelima. Skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan melakukan percubaan menerusi Ramdani Lestaluhu, namun penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru menyelamatkan keadaan.

Selepas itu skuad negara terus melakukan serangan balas menerusi larian pemain sayap, Syahrul Azwari yang masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria di minit ke-14.

Ia ternyata membuahkan hasil apabila rembatan pemain berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Andritany Ardhiyasa pada minit ke-17 sekali gus melenyapkan sorakan Garuda.

Anak buah Kim Swee kemudian berpeluang menambah jaringan, namun tandukan pemain pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar berpunca dari sepakan sudut Baddrol Bakhtiar berjaya dikeluarkan pertahanan Indonesia.

Pada babak kedua, Indonesia cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan, namun percubaan Lucas Mandowen di minit ke-55 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Permainan bertambah tegang apabila Syahrul Azwari kerap dikasari pemain Indonesia sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, Kim Swee.

Namun tindakan pengendali negara itu yang membuat bantahan tidak disenangi pengadil sehingga diarah meninggalkan padang di minit ke-67 dan terpaksa memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada penolongnya, Yong Wai Hwang.

Tapi, Malaysia ampuh bertahan bagi memastikan kemenangan cukup bermakna ke atas Indonesia

Wednesday, November 16, 2011

Empire Shopping Gallery dibuka semula

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya yang musnah akibat letupan gas pada 28 September lalu dibuka semula.
Pengarah eksekutif kumpulan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd (Mammoth Empire), Datuk Danny Cheah berkata, hampir 90 peratus dari gerai pusat itu telah dibuka sementara yang lain masih melalui kerja-kerja naik taraf.
"Kerosakan fizikal akibat letupan gas dianggarkan sekitar RM10 juta,” katanya kepada pemberita semasa meninjau pusat beli-belah itu semalam.
Dimiliki oleh Couture Homes Sdn Bhd, anak syarikat Mammoth Empire, pusat beli-belah tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Empire Subang yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan di Selangor.
Danny berkata, langkah keselamatan diperketatkan bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.
Bahagian gerai makanan dan minuman telah dipasang sistem paip gas yang baru berserta kipas menyedut yang berfungsi 24 jam, sistem mengesan kebocoran gas yang akan secara automatik menutup bekalan gas sekiranya berlaku kebocoran. – Bernama

Sumber dari KOSMO

Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut

sumber dari Harian Metro

Tuesday, November 15, 2011

Maafkan aku..cukup sampai di Sini

Kekasih amuk hubungan minta diputus

KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang wanita ingin memutuskan hubungan cinta yang terjalin sejak tujuh bulan lalu mengundang padah apabila teman lelakinya ‘naik minyak’ sebelum membelasah dan memecahkan cermin keretanya di Jalan Lumut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun bertemu pasangannya bagi memutuskan hubungan berikutan tertekan apabila sering dikongkong dan dipukul suspek.

Menurut sumber, ketika bertemu, mangsa geram selepas dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dan meminta hubungan mereka diputuskan. “Pertengkaran itu bertukar ganas apabila teman lelaki mangsa yang gagal mengawal kemarahan menumbuk muka dan memukul badan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang ketakutan berlari ke keretanya di tepi jalan,” katanya.

Menurut sumber, suspek sekali lagi mengamuk dan menyuruh mangsa keluar daripada kereta.

“Berang mangsa enggan membuka pintu, bagaikan dirasuk teman lelaki mangsa menendang pintu kereta, malah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menarik rambut mangsa selain memukulnya beberapa kali menyebabkan wanita terbabit menjerit kesakitan.

“Mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya

Sumber Harian Metro

Nak putus cinta pun payah...x pasal2 cedera teruk....

Rakyat Malaysia Paling Ramai Obesiti


KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Lagi Bayi Di Buang

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. “Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. “Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. “Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222,” katanya

Sumber dari Harian Metro

Monday, November 14, 2011

Budak Ajaib..Tiada Rasa Sakit

KESAN jahitan kerana pembedahan untuk mengeluarkan paku daripada betis Safira pada minggu lalu

BIARPUN masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.
Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.
Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.
“Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan,” ungkap Kamaruddin.
Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.
Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini. Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.
Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu. Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh.
Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya

Hairan

SEBANYAK 26 batang paku berkarat berjaya dikeluarkan daripada betis Safira


“Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain.
“Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.
“Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan,” kata Kamaruddin.
Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu.
Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.
Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.
“Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan.
“Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?” ujarnya lagi.
Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.
Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan. Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.
Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.
“Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan


PAKAR perubatan menemui sebatang paku yang muncul semula selepas pembedahan pertama.
 “Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya.
“Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak,” ujar Sarifa.
Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.
Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.
“Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.
“Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh,” kata Halim

sumber KOSMO ONLINE.