Tajuk Novel > Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis > Acik Lana
Penerbit > Kaki Novel
Harga > RM30

Photo from google
Sinopsis Maaf
Jika Aku Tak Sempurna
Melina adalah seorang
gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang
mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah
menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa
malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya
mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran
yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara
Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk
Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada
bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
COMMENT
Sgt2 best dan recommended, sekali korang start baca confirm x nak berhenti..
beli..
2 comments:
nice... nnt nk try cri
cover novel yg macam ni cantik..unik..:)
Post a Comment