Nuffnang Adv

Wednesday, November 30, 2011

Dah tak Mengaku Pulakkkkk!!!!!!!!

‘Suami saya bukan VVIP’



KUALA LUMPUR: “Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.
Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.

“Biarlah ia menjadi rahsia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Syella berkata, dia pelik mengapa orang ramai sibuk memperkatakan mengenai perkahwinannya yang dikatakan memakan belanja RM15 juta sedangkan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

“Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. “Apapun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera,” katanya.

Menurut Syella, sebenarnya dia tidak berminat memberi komen mengenai perkahwinannya dan siapa suaminya.

“Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. “Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. “Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka,” katanya. Syella juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan cara dia berpakaian dan masih dianggap seksi, di sebalik statusnya yang kini bergelar isteri orang.

“Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. “Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami,” katanya yang memberitahu akan mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami pada Februari ini.

“Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini,” katanya.

sumber Harian Metro Online

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki Yang Masih Anak mak

Pernah jumpa situasi ni?
hehehe..aku pernah hadapi ...everything memang nak kena tanya mak...sikit2 mak...
pi dating pun..kejap2 mak call..ntah betul ntah tidak kan..
memang anak mak..
senang citer
umur dah tua..tapi masih duk bawah ketiak mak...
kalau korang la menghadapi situasi ni...korang buat apa?
aku x leh bayangkan kalau suatu hari nanti aku kahwin dapat laki anak mak...huh...
sure takde privacy kan?
kena terima or lepaskan ajer?

Kisah Scandal

SKANDAL NGAN LAKI ORANG????
ADA BERANI???
AKU?
NO KOMEN..X BERANI NAK KOMEN..
CER KORANG KOMEN..

Friday, November 25, 2011

Lelaki Makan Hasil Perempuan...Apa pendapat Korang??

Seorang teman..mengadu domba pada aku...
aku tak tau nak tolong dia macam mana...katanya dah 5 tahun berkawan dengan lelaki tuh...sepanjang percintaan mereka dia dah berhabis beribu2 ringgit...bila ajak kahwin...macam2 alasan diberikan...
teman aku ni orang berpelajaran tinggi...ada pangkat..sofistikated...gaji pun besar..
tapi aku tak faham sangat kenapa otaknya singkat..
dah terang2..yang si lelaki ni hanya nakkan duit dia...dia masih nak setia tak tentu pasal..kalau aku la...dah lama aku tinggalkan lelaki kurang asam macam tuh...
Alasan dia bagi kat aku ...SAYANG & HANYA CINTAKAN LELAKI TUH..
boleh terima pakai ker alasan bodoh mcm tuh...berapa ramai lelaki dalam Malaysia ni...nak jugak lelaki yang pembelit mcm tuh...nak kata dah dibomohkan...aku tak berani nak ckp macam tuh...sebabnya dalam dunia serba moden ni..aku x pasti bomoh2 ni relevan lagi ke tak...
2 bulan sudah dia cuba tinggalkan lelaki tuh...tapi salah dia sebab dia yang x tahan berjauhan...
masih kuat sayang pada lelaki tuh...dia sendiri x paham kenapa...sekarang umur dah 28 tahun...masih x kahwin..sebab apa..sebab nak tunggu lelaki tuh...ntah2 ksanova yang pandai bermain dengan kata2 kan?

APA PENDAPAT KORANG DALAM KES TEMAN AKU NI?
ikut aku senang jer..ko yang bodoh cari penyakit kan? ko settle sendiri la..hanya ko yang mampu mencorakkan masa depan ko...kan?

JODOH LAMBAT SEBAB MEMILIH???

Ramai dah tau aku ni Ibu Tunggal, dah 6 tahun lebih menyendiri...
apa yang aku nak ceritakan kat sini hanya lah sesuatu yang aku rasa elok aku kongsi...
kalau pergi mana2 mesti ada yang tanya..bila nak dapat suami baru...sampai bila nak membujang...x sunyi ke sorang2 melayari kehidupan..bila nak bagi baby kat DANIA...
hurm..soalan2 tu memang dah muak singgah kat telinga aku..kekadang aku tak paham kenapa mereka2 ni perlu nak soal aku dengan soalan sebegitu rupa..aku ni susahkan diorang ke? gaji aku diorang ke yang bayar? makan minum keluarga aku dan anak aku diorang ke yang tanggung?rugi ke diorang kalau aku ni x jumpa2 jodoh? ke aku ni dah serik?
Apa pendapat u olls kawan2 dalam hal ni...
desas desus baru2 ni aku dengar dan aku gelak sampai ke hari ni..
AKU TAK KAHWIN2 LAGI SEBAB...
AKU TERLALU MEMILIH..
boleh pilih2 ke jodoh ni?aduiyaiii pelik aku ngan diorang ni...
jom u olls...berikan aku kata2 peransang untuk aku tangani masalah ni..
bukan la berat sangat pun masalah eh..lebih kepada menyibuk jer..
at this age 33 years old..kalau aku single untuk 2-3 tahun pun ok kot..
kumpul aset banak2 dulu..lepas kan adik2..tumpukan pada anak dara aku tuh pun dah kira amanah yang allah bagi kat aku utk aku pikul kan?

Tuesday, November 22, 2011

Tuah Baddrol, belang Apek..Aummmmmmmmmm!!!!!!!!!

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.


Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat


‘Nama saya S’

SANGAT UNIK..!!


GELANG PATAH: “Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.
Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.

“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.

“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.

“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.

“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.


Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.

“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.

“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.

Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.

“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.

Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.

“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.

“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Lima Kedai, di sini.

Sumber dari Harian Metro Online

Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Minang

Jalan2 saji online tadi..terjumpa lak resepi ni...terpanggil untuk kongsi sama..
malam ni nak masak ayam masak minang ni memandangkan ayam ada dalam esbok ..
resultnya nanti kongsi kat sini eh..



Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12
3 labu bawang besar - dikisar
8 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
20 tangkai cili kering - dikisar
2 sm halia - dikisar
2 batang serai - diketuk
5 sm lengkuas - diketuk
10 biji buah keras - dikisar lumat
5 sm kunyit hidup - ditumbuk lumat
200 ml susu sejat atau santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis kesemua jenis bawang, halia, serai dan lengkuas sehingga kekuningan.
3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga 10 minit.
4. Masukkan pula buah keras dan kunyit hidup. Kacau sebati.
5. Setelah bahan tadi masak, masukkan ayam dan biarkan seketika.
6. Kemudian, masukkan susu atau santan, air, garam dan gula.
7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi.

Kredit to SAJIONLINE

Ezlynn Bergelar Isteri

ADAM menyarungkan cincin di jari manis Ezylnn selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tempoh pertunangan penyanyi dan pelakon Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hai Hai Bye Bye mungkin antara yang terpendek di dunia.
Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.
Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.
"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.
"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.
Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20 sebagai simbolik kepada tarikh lamaran yang dibuat oleh Adam kepadanya pada 20 Januari 2010 serta tarikh lahir Adam pada 20 Januari di samping mas kahwin sebanyak RM80.
Ezlynn dan suami merancang untuk berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan Januari tahun depan

Sumber dari Kosmo Online

Izzaq terpaksa rehat sebulan


KECEDERAAN yang dialami penyerang Izzaq Faris Ramlan ketika beraksi dalam perebutan ke separuh akhir bertemu Myanmar semalam, memaksa jurulatih Ong Kim Swee tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di final malam ini.
“Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar semalam (kelmarin).

“Ia memang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar,” katanya.

Pemain tinggi lampai ini yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata dia turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 selang dua hari kemudian bertemu Syria.

Malaysia akan bertemu negara teluk itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya,” katanya.


Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar yang menyaksikan Malaysia mara ke final setelah menang 1-0.

“Apakan daya, tiada rezeki bermain. Saya harap mereka semua dapat buat yang terbaik daripada sebelum ini.

“Kita cuma harapkan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) sahaja di barisan serangan dapat menyumbat unutk gol negara.

“Itupun jika Syahrul sudah cukup cergas dan dapat diturunkan,” katanya.

Syahrul terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 setelah dikasari pemain Myanmar.

sumber dari Harian Metro

Friday, November 18, 2011

Berbaloikah RM8???

Just nak share pengalaman aku sebagai Mama..

walaupun anak dara aku tuh baru berumur 7 tahun..
dia ada hati dan perasaaan..
baru2 ni dia dapat Anugerah Pelajar Cemerlang..
dengan bangganya dia minta mama, atuk dan ayah nya cuti..
knowing semangat dia...
aku dan atuknya ambil cuti..walaupun aku ada kerja yang lebih penting..tapi aku rasa sangat2 tak berbaloi
sebab apa?
yup..program penyampaian hadiah tu sgt well organised...
cuma hadiah untuk pelajar tuh yang menjadi masalah pada aku...kalau bagi aku yang dewasa ni aku paham
maybe sekolah xde allocation..
ni kanak2 terbabit seolah2 dipermainkan perasaan mereka especially anak aku...
setakat RM8
hadiah untuk pelajar cemerlang...kenapa sampai begitu sekali....memang usaha mereka x ternilai dengan wang ringgit dan aku tak pernah ajar anak aku di nilai segala jerih payah dia belajar dengan nilai wang ringgit..apatah lagi ketika ramadhan tiba..
tapi dengan tiada hadiah sampingan...hanya sehelai anvelope semata2..budak2 tuh bukak..
tengok hanya ada RM8...muka masing2 berubah..
apa perasaan cikgu2 tuh kalau ini berlaku pada anak mereka sendiri?
apa perasaaan cikgu tu kalau tau..ibubapa terpaksa ambil cuti kecemasan semata2 tak kecewakan anak
masing?
sekecil itukan nilai semangat anak2 yang baru belajar ni?
fikir2kanlah....

Apakah Keanehan pada Kucing ini?


kalau korang tau....apa keanehan yang ada pada kucing ni?
perasan x?

Harimau Malaya Memang Hebat


EGO Indonesia tercalar di stadium keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno apabila tumpas di tangan Malaysia 1-0 pada pertembungan terakhir Kumpulan A yang menyaksikan skuad bawah 23 tahun negara itu gah mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan.
Biarpun diejek dan dicemuh dengan kata-kata ‘maling’ (pencuri) oleh 100,000 penyokong lawan, Malaysia mencipta kemenangan hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim meskipun jurulatih Ong Kim Swee diarah keluar padang pada babak kedua kerana tidak puas hati dengan pengadil perlawanan, Fahad Al Kassar dari Emiriah Arab Bersatu.

Kemenangan itu membolehkan juara bertahan, Malaysia mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri untuk bertemu Myanmar, naib juara Kumpulan B esok.

Indonesia pula menempah pertemuan dengan juara Kumpulan B, Vietnam yang juga finalis di Laos, dua tahun lalu.

Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagi menafikan peluang Singapura yang mengumpul tujuh mata selepas menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan awal, bermula garang menerusi percubaan kapten, Baddrol Bakhtiar pada minit kelima. Skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan melakukan percubaan menerusi Ramdani Lestaluhu, namun penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru menyelamatkan keadaan.

Selepas itu skuad negara terus melakukan serangan balas menerusi larian pemain sayap, Syahrul Azwari yang masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria di minit ke-14.

Ia ternyata membuahkan hasil apabila rembatan pemain berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Andritany Ardhiyasa pada minit ke-17 sekali gus melenyapkan sorakan Garuda.

Anak buah Kim Swee kemudian berpeluang menambah jaringan, namun tandukan pemain pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar berpunca dari sepakan sudut Baddrol Bakhtiar berjaya dikeluarkan pertahanan Indonesia.

Pada babak kedua, Indonesia cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan, namun percubaan Lucas Mandowen di minit ke-55 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Permainan bertambah tegang apabila Syahrul Azwari kerap dikasari pemain Indonesia sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, Kim Swee.

Namun tindakan pengendali negara itu yang membuat bantahan tidak disenangi pengadil sehingga diarah meninggalkan padang di minit ke-67 dan terpaksa memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada penolongnya, Yong Wai Hwang.

Tapi, Malaysia ampuh bertahan bagi memastikan kemenangan cukup bermakna ke atas Indonesia

Wednesday, November 16, 2011

Empire Shopping Gallery dibuka semula

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya yang musnah akibat letupan gas pada 28 September lalu dibuka semula.
Pengarah eksekutif kumpulan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd (Mammoth Empire), Datuk Danny Cheah berkata, hampir 90 peratus dari gerai pusat itu telah dibuka sementara yang lain masih melalui kerja-kerja naik taraf.
"Kerosakan fizikal akibat letupan gas dianggarkan sekitar RM10 juta,” katanya kepada pemberita semasa meninjau pusat beli-belah itu semalam.
Dimiliki oleh Couture Homes Sdn Bhd, anak syarikat Mammoth Empire, pusat beli-belah tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Empire Subang yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan di Selangor.
Danny berkata, langkah keselamatan diperketatkan bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.
Bahagian gerai makanan dan minuman telah dipasang sistem paip gas yang baru berserta kipas menyedut yang berfungsi 24 jam, sistem mengesan kebocoran gas yang akan secara automatik menutup bekalan gas sekiranya berlaku kebocoran. – Bernama

Sumber dari KOSMO

Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut

sumber dari Harian Metro

Tuesday, November 15, 2011

Maafkan aku..cukup sampai di Sini

Kekasih amuk hubungan minta diputus

KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang wanita ingin memutuskan hubungan cinta yang terjalin sejak tujuh bulan lalu mengundang padah apabila teman lelakinya ‘naik minyak’ sebelum membelasah dan memecahkan cermin keretanya di Jalan Lumut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun bertemu pasangannya bagi memutuskan hubungan berikutan tertekan apabila sering dikongkong dan dipukul suspek.

Menurut sumber, ketika bertemu, mangsa geram selepas dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dan meminta hubungan mereka diputuskan. “Pertengkaran itu bertukar ganas apabila teman lelaki mangsa yang gagal mengawal kemarahan menumbuk muka dan memukul badan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang ketakutan berlari ke keretanya di tepi jalan,” katanya.

Menurut sumber, suspek sekali lagi mengamuk dan menyuruh mangsa keluar daripada kereta.

“Berang mangsa enggan membuka pintu, bagaikan dirasuk teman lelaki mangsa menendang pintu kereta, malah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menarik rambut mangsa selain memukulnya beberapa kali menyebabkan wanita terbabit menjerit kesakitan.

“Mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya

Sumber Harian Metro

Nak putus cinta pun payah...x pasal2 cedera teruk....

Rakyat Malaysia Paling Ramai Obesiti


KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Lagi Bayi Di Buang

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. “Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. “Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. “Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222,” katanya

Sumber dari Harian Metro

Monday, November 14, 2011

Budak Ajaib..Tiada Rasa Sakit

KESAN jahitan kerana pembedahan untuk mengeluarkan paku daripada betis Safira pada minggu lalu

BIARPUN masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.
Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.
Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.
“Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan,” ungkap Kamaruddin.
Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.
Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini. Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.
Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu. Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh.
Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya

Hairan

SEBANYAK 26 batang paku berkarat berjaya dikeluarkan daripada betis Safira


“Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain.
“Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.
“Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan,” kata Kamaruddin.
Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu.
Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.
Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.
“Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan.
“Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?” ujarnya lagi.
Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.
Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan. Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.
Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.
“Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan


PAKAR perubatan menemui sebatang paku yang muncul semula selepas pembedahan pertama.
 “Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya.
“Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak,” ujar Sarifa.
Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.
Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.
“Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.
“Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh,” kata Halim

sumber KOSMO ONLINE.

Polis Bantu Agih Wang Bantuan Pelajar

SERDANG - Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar untuk menjamin keselamatan guru besar dan pengetua sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah dan atas faktor keselamatan adalah lebih elok jika mereka diiringi polis untuk mengeluarkan wang dari bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah.
"Kita tidak mahu apa-apa (kejadian tidak diingini) berlaku dan sebab itu kita melakukan langkah-langkah pencegahan," katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Warga KPM 2011 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di MAEPS di sini.
Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.
Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.
Bayaran kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari depan.
Wang bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa, penjaga atau pelajar mula diagihkan pada minggu lepas.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Along Cham, Zila AF4 dapat anak lelaki

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, selepas kejayaan filem sulung, Alamak Toyol rezeki saya bertambah pula dengan kelahiran putera sulung, Ahmad Danial,” kata pelakon komedi, Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Cham Raja Lawak, yang kini bergelar bapa sesudah menimang anak sulungnya bersama penyanyi, Nur Azilah Seeron, 23, atau Zila Akademi Fantasia 4 (AF4).
Itu luahan kesyukuran Along sesudah isterinya selamat melahirkan bayi pertama mereka di sebuah hospital swasta di Bangi, jam 2.04 petang kelmarin.

Menurut Along, dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zila pada 23 Januari tahun lalu tidak menyangka bukan saja dimurahkan rezeki sepanjang bergelar selebriti, tetapi dikurniakan zuriat dengan kelahiran Ahmad Danial.

“Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sudah menjadi bapa dan Zila pula sudah menjadi ibu,” katanya.

Along yang juga pelakon utama filem Alamak Toyol tidak menduga selepas tersenarai dalam pencalonan lima terbaik pelakon komedi Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu, Allah menambah rezekinya sejurus ditawarkan sebagai hero dalam filem pertama itu sebelum dia dikurniakan cahaya matanya, kelmarin.

“Saban hari rezeki saya semakin bertambah, dan semalam (kelmarin) adalah rezeki yang paling besar dalam hidup,” katanya

Along yang lega dengan kelahiran itu turut melahirkan terima kasih kepada semua peminatnya dan juga peminat Zila yang sudi melayan kerenah mereka di Facebook dan Twitter tambahan sewaktu isterinya mengandung dan mengidam.

“Sebelum ini hanya hidup berdua, dan hari ini Ahmad Danial muncul sebagai penyeri dalam hidup kami. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong karier dan perjalanan hidup kami,” katanya

sumber dari Harian Metro

Friday, November 11, 2011

Bergaduh di KTM KL Sentral

ini kejadian semalam yer u olls..masa i nak balik semalam...
ada pasangan india ni duk gaduh..suar sikit nyer kuat..pasal apa x tau la...gf di kot asyik la tgh conversation ngan hp eh..si bf ni plak memekak mekak dalam bahasa dia...ntah apa2 ntah..siap bf dia ni acah2 nak terjun ke landasan..tp x plak terjun

 diorang ni mcm citer tamil dalam tv la..aku tunggu gak la si bf ni nak terjun ke tak kan..ke acah2 jer...
 GF still buat x tau..leka main sms..si BF ni mcm dah menyirap..
Tetiba tinggal gf sorang2..eh....mana dia pi eh....aku tgok org semua relaks je xde apa2 berlaku kan..
i tgok2 gak..ada ke mamat tuh terjun kat landasan tuh..sekali i perasan mamat tu dah ada kat platform sebelah...bodoh tul..td beriya sgt kan..
hahahahahaha

Lelaki tuntut tangan dipulang


TAOYUAN (Taiwan): Seorang lelaki rakyat Taiwan, semalam menuntut pihak berkuasa China memulangkan tangan kirinya yang dipotong selepas insiden samun dan disimpan polis negara itu sebagai bahan bukti.
Hu Chi-yang, 59, berkata, dia diserang oleh tiga lelaki di tenggara wilayah China di Fujian minggu lalu. Dia berkata, mereka menyamun wang tunai AS$600 (RM1,920) miliknya dan cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.

Hu, ahli perniagaan yang sudah bersara berkata, dia setuju supaya tangannya dipotong selepas doktor memberitahunya ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.

Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: “Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan saya ini perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.

Dengan nada suara yang marah sambil menitiskan air mata Hu berkata, polis di Putian bersikap buruk dan menegaskan dia perlu memberi kenyataan penuh sebelum dibenarkan menjalani pembedahan.

“Saya minta mereka memulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan,” katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu
Polis di Putian berkata, mereka menghadapi tekanan ekoran kes itu tetapi menafikan tangan Hu sudah dipotong.

“Kes itu tidak terjadi seperti mana dilaporkan media. Namun, kesannya amat besar sekarang, jadi pegawai kanan memberi perhatian penuh terhadap kes itu,” kata pegawai polis di Biro Keselamatan Awam Putian.

“Tangannya masih melekat di tubuhnya. Khabar angin kadangkala memang bodoh,” katanya sambil mengakui Hu mengalami kecederaan. - AFP

sumber Harian Metro

Takde Otak Punya Orang Tinggalkan Anak Secomel Ini...


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

Sumber dari Harian Metro

Thursday, November 10, 2011

Kekasih Awal Dan Akhir -TV9

Aaron Aziz , Siti Saleha dan Fouziah Gous..

Aku x pasti ni drama berepisod ke apa...sebabnya aku x abih pun tgok citer ni...sakit giler hati aku tgk..
menyirap tersirap darah aku..
sama macam aku tgok Nora Elena dulu...mula2 tgok mmg la feeling loving couple si Aaron ngan Siti Seleha..
bila si Fouziah Gous dah masuk..
dan Aaron kahwin ngan dia..terus aku naik menyampah..
hahahaha..aku yang terlebih emosi kan...
tp hakikatnya aku x tgok abih...tiba part diorang kahwin tuh aku terus tutup tv and tido..
rasa macam tau la apa akan berlaku lepas diorang kahwin..
mcmana si bini pertama Aaron/Doktor Awal memendam rasa sebab dia lumpuh kan..bercakap
pun x boleh...
ada sapa2 leh bagi tau x ni drama episod ke apa?
( malam tadi gatal tutup tv..dah x tau jalan citer sibuk tanya org kan?)

SLOT AKASIA > TENTANG DHIA

GAMBAR DARI EN GOOGLE


Lepas Soffiya tamat Selasa lepas dengan aku x paham la samada happy ending ke apa ke..
pada aku ending dia kurang kick...banyak x dipaparkan mcm apa jadi kat mamat giler yang bunuh Fiona tu..
perasaan aku jer kot..sebab aku kan cepat emosi tgok citer Soffiya tuh..gram kat si Izara yg jadi Fiona tu la..bonci acik...
semalam plak bermula episode baru TENTANG DHIA..
ok la citer ni..aku still boleh layan...x pernah Nora Dnish lakonkan watak penyedih mcm tu kan..
agak2 sempat kot aku nak melayan citer ni ari ni..train kul 6.25 pm..sampai umah dalam kul 6.50pm..
kita tunggu la episode ari ni...

Lelaki Mudah Tertipu Di Internet

LONDON: Menurut keputusan satu kaji selidik terhadap lebih 1,500 pengguna internet di United Kingdom dan Amerika Syarikat, lelaki lebih mudah tertipu di rangkaian laman sosial berbanding wanita.
Ia bukan saja disebabkan oleh wanita yang semula jadinya lebih berhati-hati ketika mendedahkan maklumat peribadi - ia sebenarnya merujuk kepada faktor seks. Kajian yang dianjurkan syarikat perisian anti-virus Bitdefender, berkata, lelaki mudah tertarik terhadap wanita tidak dikenali yang ingin menjadi rakan mereka di laman seperti Facebook.

Apabila mereka sudah memberikan maklumat peribadi, mereka boleh menjadi sasaran dalam jenayah siber.

Tinjauan dilakukan terhadap 1,649 lelaki dan wanita di United Kingdom dan AS, mendedahkan lelaki lebih mudah menerima pelawaan menjadi rakan daripada orang tidak dikenali; mendedahkan lokasi mereka; tidak menghiraukan susun atur peribadi; membiarkan akaun mereka terdedah untuk dilihat orang lain dan gagal membaca polisi laman web.

Patung Sihir Pesaing


JOHOR BAHRU: Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.
Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.
Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya

Berita Selanjutnya di Harian Metro

Sekapur Sirih
**ini la masalah orang melayu kita..kepada yang buat tu kena ingat "Allah Bayar Cash Aje"

Wednesday, November 9, 2011

Jom Skodeng Shopping Online

Kepada peminat2 Kain Pasang kan...mcm aku...giler aku dibuatnya...
harga sangat berpatutan
kat bawah ni antara kain2 yang owner ni jual...


 its pink u olls
 i love this one..
this one also nice...

Korang minat?
jom shopping kat sini..

Resepi Udang Masam Manis



Bahan-bahan:
300 gm udang besar - jangan dibuang kulit, bersih dan tuskan
1 sudu besar bawang putih - dicincang
1 sudu besar bawang merah - dicincang
1 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar cili merah - dicincang
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk perisa:
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi - diperah jusnya
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung } dibancuh
2 sudu besr air                  } hingga tidak bergentel
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Goreng udang hingga masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan dua sudu besar minyak.
5. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah.
6. Kacau hingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan udang. Kacau hingga rata.
8. Masukkan bahan-bahan perisa dan kacau lagi sehingga rata.
9. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber dari SAJIONLINE

**Malam ni nak cuba..esok nak bawak pi opis...**

Ramai Yang Bekerja Lebih 8 Jam Sehari

KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.
Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.
Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.
Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.
"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.
Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama

Sumber dari Kosmo Online

** Adakah salah?** lets share..

Tuesday, November 8, 2011

Kerana Mulut...Santan Binasa


Kadang kadang kita tak sedar..walau mulut manis..cantik molek..x semestinya mulut kita baik...
Kadang2 kita x sedar mulut cantik kita selalu keluar perkataan berbisa...
Kadang2 kita x sedar..bibir manis kita mudah membuatkan hati orang sakit..
kawan2, sahabat handai....
x kiralah siapa..
tatkali kita nak bersuara..biarlah kita fikir dulu..akibat dari setiap perkataan kita..
x semestinya semua orang di sekeliling kita boleh terima...
SHARING IS CARING