Novel > Kan Ku Kejar Cinta Kamu
Penulis > Fauziah Ashari
Harga > RM28.90
Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu
Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba,
romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu
kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.
Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa
sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh
papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan
Raiyan ‘okey’ aje...
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara.
Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala
sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana
cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah
air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan
hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang
arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).
Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan,
berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti
sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan
suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai
isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam
senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda
demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa.
Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan
yang keliru terus lari!
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat
muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah
cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak
aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot.
Argh! tak boleh jadi ni! - Alma
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang,
macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I
harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia
redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka
bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail,
Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...
Comment
Sgt membuai hati bila baca...once mulakan baca x nak berhenti...
perasaan kita akan terbuai dan sgt recommended
4 comments:
da bis baca lom? best tak?
dah abih dah...best giler...
huuu!cm best..bleh la beli nnt.. :)
uhuhuh!!!dh sgt lama x bca novel... :(
jmput follow kmbali :)
Post a Comment