Nuffnang Adv

Thursday, August 9, 2012

Review Novel > Kejora Di Langit Cinta > Anis Ayuni


Tajuk Novel : Kejora Di Langit Cinta
Penulis : Anis Ayuni
Harga: RM23.00



Sinopsis

NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahin Hakimi yang suatu ketika dahulu liar berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

Comment
sangat2 syok baca...kisah cinta dari first time jumpa kat Mekah
akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan..
sweeettt sangat..
recommended...

Wednesday, July 25, 2012

Review Novel > Cik Bunga Dan Encik Sombong


Tajuk Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Harga : RM22.00


Sinopsis


Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

comment

Highly recommended...sgt enjoy baca citer ni...


Wednesday, June 27, 2012

Review Novel>Yang Sebenarnya> Aisya Sofea


Tajuk Novel : Yang Sebenarnya
Penulis : Aisya Sofea
Harga :RM22.90


Sinopsis

"Aku seperti ombak yang berlari mengejar ilusimu..."

Untuk cerita yg phase nya tidak laju, boleh dikira saya tak stop langsung utk habiskan cerita ini. Jalan ceritanya slow and steady dan sentuhan Aisya Sofea yang ini bagi saya, ada tarikannya tersendiri walaupun kisahnya agak biasa.
Watak antagonis, Nuryn memberi kesan yg baik pada cerita ini dan bagi saya watak ini lebih memorable daripada jalan ceritanya. Watak ini mewarnai mood cerita dgn baik.
Kisah kali ini tentang Dhiya. Gadis bandar yg berpelajaran tinggi tapi mahu bekerja di kwasan yg dekat dengan ibu bapanya. Dari kerja di kedai makan dia beralih angin bekerja sendiri dgn membeli sebuah van buruk utk dijadikan van sekolah, membuatkan mak dia rasa mcm nak pitam. Sampai mak dia kata 'ntah apa la dia akan bawak balik lepas ni' - lebih kurang mcm tulah. korang tau lepas tu Dhiya bawak balik apa? Dia bawak balik FAUZAN! Baby yg comel. haha. Pening mak dia.
Aku tak dapat mengesan sebab konkrit mengapa kakchik kpd Dhiya tu nak kawin ngan duda kaya tu. Nak kata dia mata duitan tu tidak. Nak kata dia kesian kat anak2 duda tu, aku tak sure lah pulak sbb anak2 duda tu memang tak suka kakchik tu. Banyak kali jugak la kakchik tu lari dari rumah sbb tak tahan dgn sikap anak2 tiri dia yg memberi layanan buruk pada dia.
Dhiya seperti tak tetap pendirian plak part terima offer dari pak long dia utk bekerja di ofis. Memang dah lama pak long dia offer, tetapi selepas dia mula business hantar budak2 gi skolah baru dia decide utk terima tawaran pak long dia dan serahkan urusan mengangkut budak2 skolah kpd bapa dia.
Abg Eddie adalah sepupu Dhiya dan kakchik. Eddie ni ada perasaan pada kakchik tetapi kakchik pilih orang lain so Eddie membawa hati yg lara ke London. Ternyata London telah mendekatkan dirinya kepada Dhiya yg sering bertukar khabar berita dgn nya.
Bila pulang dari London Eddie bersemangat utk bekerja di pejabat ayahnya. Mungkin sebab ada Dhiya.
Dhiya ni nampaknya sangat berbakat utk kerja2 korporat dan dia berjaya menyelesaikan byk kemelut kewangan dalam syarikat Pak Long dia.
Kepulangan Eddie memeriahkan hidup Dhiya tapi Eddie tu kalau kerja dia sangat tegas dan suka marah2 especially kalau ia melibatkan Dhiya. Eh dia bukan marah orang, dia akan marah Dhiya tu kaw kaw punya dan akan terus-terusan menuduh Dhiya tanpa usul periksa. Kesian Dhiya
Banyak kali Dhiya terasa hati dgn sikap Eddie bila di pejabat. Haaaa masa ni lah Nuryn muncul. Gadis yg pernah Eddie kenali ketika di London. Nuryn mengejar cinta Eddie dan berusaha mendekati Dhiya supaya dipilih sbg pengganti Dhiya yg hanya bekerja sementara di syarikat Pak long. Hajat Nuryn tercapai dgn sokongan penuh dari Dhiya yg berhasrat utk mendekatkan dua kasih yang berjauhan tu.
Nuryn mengesan kemesraan antara Dhiya dan Eddie dan berusaha menyingkirkan Dhiya dari hidup Eddie. Tapi kalau kiter tengok, bermula dari kedatangan Nuryn dlm syarikat Eddie yg menjadikan Dhiya dan Eddie lebih menyedari perasaan mereka antara satu sama lain. Lain yg Nuryn nak, lain pulak yg jadi.
Tak sangka Nuryn tu sanggup pura2 tunjuk sotong dlm laut kat Dhiya semata2 nak tolak Dhiya masuk laut. fuh... memang dia ni sah ada masalah mental. (Yg Dhiya tu sotong pun nak tengok! aduih.. mungkin sotong berenang tu menarik kot.) Dah tu si Nuryn tu terpa silap majlis pulak masa nak menghenti majlis akad nikah. haha.. aduih. Buat lawak betui makcik mental nih.
arr ada part yg ym or sms dlm novel ni yg saya tak dapat bezakan sama ada tu dlm bentuk dialog atau tidak. Macam tercampur jer. aku nak komen part ni pon tak reti. heh. aku bukan pakar bahasa.
Haaaa ada lagi satu, benda ni kecil tapi ia merupakan well known fact yg sepatutnya tak terlepas pandang. Kadang2 budak2 skolah pun ada baca jugak novel2 ni dan kadang2 fakta2 dalam buku cerita lebih mudah diingati daripada dalam buku teks, so perkara2 fakta macam ni perlu diambil berat jugak sbb kalau cerita fiksyen tahap mana pun, tak boleh diubah fakta ini melainkan jika lokasi nya kat planet or galaksi lain.

Comment
Citer ni sangat2 best..nak tau best ke x..kena baca..letakkan diri korang pada watak utama
confirm korang enjoy..
Apa2pun bagi aku kisah ini manis! :)
sangat2 recommend

Tuesday, June 26, 2012

Review Novel > Buatmu Kekasih > Aisya Sofea


Tajuk Novel > Buatmu Kekasih
Penulis > Aisya Sofea
Harga > RM19.90

Pic credit to google


Sinopsis

Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.

Comment:

Aku sgt2 recommend novel ni utk korang baca..
confirm korang x nak berhenti baca once dah mulakan..
bestttt....

Tuesday, June 19, 2012

Review Novel > Ingat Janji Kita >Murni Aqila

Title > Ingat Janji Kita
Penulis>  Murni Aqila
Harga >RM21.00


Pic from Google

Sinopsis



Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. 

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” 
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Comment
Sgt best...aku bagi 9/10 ...
sekali korang start baca..terus nak baca sampai habis...

Wednesday, June 13, 2012

Review Novel >Terus Cintai Aku

Tajuk Novel : Terus Cintai Aku
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM23.00


Sinopsis

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Comment:
Sangat best...kisah berjanji utk berkahwin pada zaman anak2..
akhirnya kahwin jugak bila dewasa..ada kot kisah mcm ni terjadi kat mereka2 di luar sana..
Sgt2 recommended..


Tuesday, May 15, 2012

Review Novel > Kan Kukejar Cinta Kamu >Fauziah Ashaari


Novel > Kan Ku Kejar Cinta Kamu
Penulis > Fauziah Ashari
Harga > RM28.90



Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.
Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. 
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru  dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang,  hidup keluarganya terancam.  Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

                                                               
Comment
Sgt membuai hati bila baca...once mulakan baca x nak berhenti...
perasaan kita akan terbuai dan sgt recommended



Friday, April 27, 2012

Review Novel > Syurga Di Wajahmu > Laila Hanni


Novel > Syurga Di Wajahmu
Penulis > Laila Hanni
Harga>




Sinopsis:

Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Comment
Sgt best dan recommended..

Wednesday, April 25, 2012

Review Novel > Kau, Aku, Kita > Orkid Edyline


Novel : Kau Aku Kita
Penulis : Orkid Edyline
Harga : RM18.00



Sinopsis

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."
Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama



Comment
Sesuai untuk remaja...yang dewasa baca pun ok...sebab enjoy sgt...
penggunaan bahasa yang sangat2 santai...
Recommended

Thursday, April 19, 2012

Review Novel> 7 Hari Mencintaiku > Siti Rosmizah


Tajuk Novel : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM 32.90



Sinopsis

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Comment
Sangat Best dan sangat recommended kat korang sebab perasaan korang akan terbuai bila baca citer ni...
senyum ada, nangis pun ada....