Nuffnang Adv

Wednesday, November 16, 2011

Empire Shopping Gallery dibuka semula

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya yang musnah akibat letupan gas pada 28 September lalu dibuka semula.
Pengarah eksekutif kumpulan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd (Mammoth Empire), Datuk Danny Cheah berkata, hampir 90 peratus dari gerai pusat itu telah dibuka sementara yang lain masih melalui kerja-kerja naik taraf.
"Kerosakan fizikal akibat letupan gas dianggarkan sekitar RM10 juta,” katanya kepada pemberita semasa meninjau pusat beli-belah itu semalam.
Dimiliki oleh Couture Homes Sdn Bhd, anak syarikat Mammoth Empire, pusat beli-belah tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Empire Subang yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan di Selangor.
Danny berkata, langkah keselamatan diperketatkan bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.
Bahagian gerai makanan dan minuman telah dipasang sistem paip gas yang baru berserta kipas menyedut yang berfungsi 24 jam, sistem mengesan kebocoran gas yang akan secara automatik menutup bekalan gas sekiranya berlaku kebocoran. – Bernama

Sumber dari KOSMO

No comments: