Nuffnang Adv

Monday, November 21, 2011

Ezlynn Bergelar Isteri

ADAM menyarungkan cincin di jari manis Ezylnn selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tempoh pertunangan penyanyi dan pelakon Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hai Hai Bye Bye mungkin antara yang terpendek di dunia.
Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.
Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.
"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.
"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.
Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20 sebagai simbolik kepada tarikh lamaran yang dibuat oleh Adam kepadanya pada 20 Januari 2010 serta tarikh lahir Adam pada 20 Januari di samping mas kahwin sebanyak RM80.
Ezlynn dan suami merancang untuk berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan Januari tahun depan

Sumber dari Kosmo Online

No comments: