Nuffnang Adv

Monday, November 14, 2011

Along Cham, Zila AF4 dapat anak lelaki

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, selepas kejayaan filem sulung, Alamak Toyol rezeki saya bertambah pula dengan kelahiran putera sulung, Ahmad Danial,” kata pelakon komedi, Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Cham Raja Lawak, yang kini bergelar bapa sesudah menimang anak sulungnya bersama penyanyi, Nur Azilah Seeron, 23, atau Zila Akademi Fantasia 4 (AF4).
Itu luahan kesyukuran Along sesudah isterinya selamat melahirkan bayi pertama mereka di sebuah hospital swasta di Bangi, jam 2.04 petang kelmarin.

Menurut Along, dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zila pada 23 Januari tahun lalu tidak menyangka bukan saja dimurahkan rezeki sepanjang bergelar selebriti, tetapi dikurniakan zuriat dengan kelahiran Ahmad Danial.

“Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sudah menjadi bapa dan Zila pula sudah menjadi ibu,” katanya.

Along yang juga pelakon utama filem Alamak Toyol tidak menduga selepas tersenarai dalam pencalonan lima terbaik pelakon komedi Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu, Allah menambah rezekinya sejurus ditawarkan sebagai hero dalam filem pertama itu sebelum dia dikurniakan cahaya matanya, kelmarin.

“Saban hari rezeki saya semakin bertambah, dan semalam (kelmarin) adalah rezeki yang paling besar dalam hidup,” katanya

Along yang lega dengan kelahiran itu turut melahirkan terima kasih kepada semua peminatnya dan juga peminat Zila yang sudi melayan kerenah mereka di Facebook dan Twitter tambahan sewaktu isterinya mengandung dan mengidam.

“Sebelum ini hanya hidup berdua, dan hari ini Ahmad Danial muncul sebagai penyeri dalam hidup kami. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong karier dan perjalanan hidup kami,” katanya

sumber dari Harian Metro

No comments: